Pengenalan

 

Peserta yang dihormati,

terima kasih banyak-banyak kerana minat anda menyertai kajian InSCI.
kami sangat gembira dengan penyertaan anda!


Kami akan memberi anda beberapa maklumat yang berguna untuk melengkapkan soal selidik InSCI ini. Sila baca dengan teliti perkara-perkara berikut:

  • Sila isi soalan soal selidik selengkap mungkin dan jangan meninggalkan mana-mana soalan tidak dijawab.
  • Tidak ada jawapan betul atau salah ataupun jawapan yang tidak baik atau buruk. Adalah penting untuk anda menjawab secara spontan dan memberi respons yang paling hampir kepada kepada keadaan peribadi anda.
  • Anda boleh berhenti menjawap soalan dalam talian (secara online) dan menyambung soal selidik ini dengan log masuk semula. Jawapan anda sebelum ini akan disimpan.
  • Menu navigasi di sebelah kanan memberikan imbasan terhadap semua bab soal selidik. Ia menunjukkan kedudukan anda di dalam soal selidik ini.
  • Apabila anda telah selesai dengan soal selidik ini, anda akan dihalakan ke status gambaran keseluruhan tsemua soalan. Nombor soalan yang diwarnakan merah menunjukkan bahawa anda belum menjawab soalan tersebut, nombor hijau menunjukkan bahawa anda telah menjawab soalan tersebut. Sila klik pada nombor merah untuk kembali kepada soalan-soalan yang belum dijawab dan sila jawap soalan tersebut.
  • Untuk mengakhiri soal selidik dalam talian, sila log keluar dan tutup semua tetingkap pelayar.
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, cuba cari jawapan di bahagian Soalan-Soalan Lazim. Sekiranya anda tidak dapat mencari penyelesaian, sila hubungi Talian Bantuan.

Terima kasih sekali lagi atas penyertaan anda. Kami mendoakan hari yang baik untuk anda.

Pasukan-InSCI anda