Apakah InSCI?

 

The International Spinal Cord Injury (InSCI) Survey ataupun Kaji selidikAntarabangsa Kecederaan Saraf Tunjang Komuniti telah dibangunkan untuk mendapat maklumat yang komprehensif dan setanding mengenai keadaan orang yang hidup dengan kecederaan saraf tunjang. Kajian komuniti antarabangsa ini melibatkan 27 buah negara dan akan adalah kajian pertama mengenai kecederaan saraf tunjang yang akan dijalankan secara serentak di kesemua enam kawasan WHO di seluruh dunia.
Semua orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang tinggal dalam komuniti sebuah negara yang terlibat dengan kajian ini dan berumur lebih 18 tahun layak menyertai kajian ini. Kami menawarkan kajian ini dalam bentuk talian atau kertas soal selidik, dan untuk mereka yang tidak dapat melengkapkan soal selidik ini sendiri, kami menawarkan perkhidmatan temuduga telefon.
Objektif utama kaji selidik InSCI ini adalah untuk menerangkan dan mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan kefungsian, kesihatan dan kesejahteraan orang yang hidup dengan kecederaan saraf tunjang di dalam dan di antara negara. Pengumpulan data yang sistematik dan penilaian maksud kehidupan dengan keadaan ini dan keadaan sistem kesihatan dan pemulihan dapat memberi maklumat penting kepada masyarakat tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk memperbaiki keadaan ini.
Hasil kajian ini akan digunakan sebagai asas mengadakan dialog dengan pihak pembuat keputusan supaya Dasar Negara boleh dibentuk untuk meningkatkan kefungsian, pemuliharaan kesihatan dan kesejahteraan orang terjejas.
insci_countries